Friday, May 28, 2010

kebahagiaan Dalam perpisahan


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Align Centre




Monday, May 24, 2010

DIA PILIHANKU



Sebuah puisi Indah dan penuh makna...



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….


Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…



“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..




Ku Ada Kamu



Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman

Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
Tabahlah menjunjung bersamaku
Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu


Dedicated by Siti Aisyah binti Othman, Sahabat terbaikku dunia akhirat....Terima kasih sayang sebab tujukan lagu ini untuk nani...Semoga dirimu sentiasa dilindungi dgn Rahmat Allah

Sunday, May 23, 2010

Kelebihan Sujud Dari Aspek Perubatan





"Dan sebahagian daripada malam, maka bangunlah SUJUD kepadaNya dengan menyucikanNya di sepanjang malam". ( Al-Insan : 26 )

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranya imam sujud terlalu lama, tetapi tahukah kita bahawa disana ada rahsia 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan. Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :


1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya. Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.
Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:



1) Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).

2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

3) Bernafas ketika sujud akan:
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)
g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya. k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukan (obesity).

n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.
q) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
r) Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH di PUNJAB, BUDDHA mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.


Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.

Thursday, May 20, 2010

Pilihlah Aku....



Apakah ini suatu anugerah pada ku?
Atau sekadar ujian untuk menguji iman ku?
Apakah ini satu destinasi akhir?
Atau satu perhentian sementara?
Semoga Kau tunjukkan aku jalan yang benar...

Tanpa kasih-sayangMu,
Tanpa belas dan rahmatMu,
Tak mungkin aku di sini
Tak mungkin aku masih di jalan ini...

Berilah aku kekuatan,
Ketabahan hati dan kesabaran yang luar biasa
Agar aku tidak tercicir diantara parajurit yang berbaris itu
Agar aku sebahagian dari cerucuk bangunan itu
Yang saling mengukuhkan antara satu sama lain
Semoga aku ada fungsinya
Walaupun sekadar pemijak kaki...

Ya Allah,
Pilihlah aku!
Moga Kau tempatkan aku dikalangan hamba-hambaMu terpilih
Moga aku akan berada di sana
Di tempat dimana tiada lagi penat dan lelah
Tiada lagi bising dan hiruk pikuk
Yang ada hanyalah ketenangan dan kenikmatan...ameen



Wednesday, May 19, 2010

Luahan Rindu (✿ ♥‿♥)





Terkenang masa dahulu
Memori silam ku
Kisah persahabatan

Dengarkanlah lagu ini
Kuciptakan untukmu
Moga dirimu terhibur

Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..
Dengarkan luahan hatiku
Merindu keriangan dahulu

Indahnya..
Saat penuh tawa ceria
Terhapuslah segala duka

Teringat daku kembali
Saat kasih bersemi
Kita mengukir janji

Di waktu persekolahan
Yang penuh impian
Kita memburu harapan

Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

Segala keindahan jadi kenangan
Yang buruk jadikan sempadan
Biar diduga derita
Tabahkanlah sentiasa
Semoga mendapat rahmatNya


Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya


Inilah kenangan yang tak kan nani lupakan...waktu ni kami dapat johan persembahan drama terbaik di uiam.....after spm, kami berkenalan, dan byk kenangan manis nani dapat bersama mereka.... terima kasih semua

Segala suka, duka kami kongsikan bersama....ukhuwah yang terjalin merupakan satu anugerah yang amat bernilai dalam hidup nani.....ldp & bwp 2006/2007



Alhamdulillah, walaupun da lame tak jumper mereka, tp mereka masih ambil berat n bertanyakan kabar pd nani....byk kenangan bersama mereka....kalo panjang umur suatu ari nanti kite akan ketemu lagi



miss wana n my beloved friends....ika, bedah, farihin, yana selalu juga jumper...tp yang lain, hanya bertanyakan kabar di ym n msg n fb....em paper pun nani rindu pada semue.....



nani rindukan semue classmate nani....kenangan 402 & 502 byk membawa seribu satu kenangan manis dalam hidup nani semasa di mrsm pontian....



Bena ni merupakan lambang kekuatan kami...pemberi semangat kami....



love u all.....

Kenangan masa Asasi tesl di Uitm Melaka....Alhamdulillah kami semue masih berjumper sebab mostly die org ader kat shah alam dan sebahagian di ukm.... Teringat pada Arwah muiz...Arwah meninggal pada 4 Disember 2009...... Nani sgt sayang pada arwah sebab arwah sentiasa ambil berat dan selalu mengembirakan hati sahabat2nya.....Semoga roh arwah Muiz bin Roslin dicucuri rahmat...Al-fatihah.....

dan ini pula kenangan reunion pertama yang pernah nani join bersama sahabat2 di mrsm pontian ..
em reunion kecil kecilan sahaja....
walaupun tak ramai tp seronok...em insha' Allah kalo panjang umur, kiter semue jumper lagi




Monday, May 17, 2010

Kata hati




Mengemis Kasih

The Zikr


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lallu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi kuulangi kembali

Gerak dosa menhirishati
Tuhan dosaku menggunung
Taki rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah kurapat pada-Mu

Seribu langkah Kau rapat padaKu


Saturday, May 15, 2010

BarakAllahu Lakuma-Maher Zain



We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير



Thursday, May 13, 2010

I fall in love.........



i love this song so much....always cheer me up when i feel down.....

Tuesday, May 11, 2010

MENJEMPUT BIDADARI





Bila yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Smentara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf Sang Tambatan Hati
Di penantian mencari diri
Bermohonkan ampunan
Dipertemukan


Segera kan ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku

Ya Ilahi Robbi
Keras ku mencari diri
Sepenuh hati

Teguhkanlah ku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan ijinkan ku jemput bidadari
Tuk bersama menuju-MU mengisi hari

Kini yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Di penantian mencari diri
Bermohonkan ampunan
Dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teduhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna


Mengisi hari




Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.


Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

To any that desires the tilth of the Hereafter, We give increase in his tilth, and to any that desires the tilth of this world, We grant somewhat thereof, but he has no share or lot in the Hereafter.

Monday, May 10, 2010

EPILOG SEORANG TEMAN



AKU BERSYUKUR MENJADI TEMANMU

BANYAK YANG TELAH KU PELAJARI ERTI KEHIDUPAN
UKHWAH YANG SEKIAN LAMA TERJALIN
SEMURNI EMBUNAN PAGI

PERJALANAN KITA MASIH JAUH
RENTASI SEGALA RANJAU SERTA ONAK BERDURI
HANYA KETABAHAN DAN KEIMANAN DIHATI
MENGATASI SEGALANYA

KU CUBA MEMAHAMI DIRIMU
AGAR PERSAHABATAN KEKAL UTUH BERSATU
KU SEDAR BETAPA CEKALNYA HATIMU
MENGHADAPI UJIAN ALLAH YANG SATU

AKAL BUDI SINAR PERIBADI
MADAH INDAHMU TIDAK AKAN DAKU LUPAKAN
KAU SERING MENGINGATKAN DIRI INI
TIADA KEMANISAN HIDUP TANPA KEIMANAN

YA ALLAH OH TUHAN KAMI
SEIRINGKANLAH PERJALANAN INI
MENGHARUNGI HIDUP PENUH PANCAROBA
MENCARI KASIH-MU
BERKATILAH PERSAHABATAN KAMI INI BUAT SELAMANYA
OH TEMANKU


Nani terlalu merindui Siti Aisyah Binti Othman...semoga dirimu bahagia bersama sahabat2 mu di tanah bumi mesir...Insha'Allah kita akan berjumpe lagi pada tahun ini....Cepat pulang yer sayang....miss u so much....

Gambar terakhir sebelum az berangkat ke India....nani rindu az sgt....Jaga diri baik2...senyum selalu sayang.....

Ummi dan ina, sahabatku yang paling memahami...suke duka sentiasa dikongsikan bersama...Nani sayang ina n ummi...Kamu membuatkan hari2 ku sentiasa ceria dan bahagia


Lame betol tak dgr kabar tipah dan syiqah...moga kite akan berjumper lagi nanti...rumah kite dekat jer...em nanti kite raye same2 yer...Syiqah, smg kamu selamat pulang ke tanah air...sayang latifah n rasyiqah...

Yana n faiza, kamu berdua merupakan sahabat yang paling byk membw kenangan manis dalam hidup nani....kamu berdua merupakan rumate yang paling nani sayang, sahabat yang sgt2 memahami, n nani bersyukur dikurniakan sahabat seperti kalian...moga plan kite cuti ni untuk berjumper akan berjalan seperti yang dirancangkan..maap, sebab ahd lepas, nani tak dapat berjumper dengn kamu berdua..maaf sayang...



* Ya Allah, lindungilah sahabat2 ku ini, permudahkanlah segala urusan mereka, sihatkanlah tubuh badan mereka, pertemukanlah taufik dan hidayah kepada kami agar kami sentiasa berada di jalan yang lurus....Aku amat menyayangi mereka Ya Allah...semoga persahabatn kami berkekalan di dunia dan juga di akhirat.....


Saturday, May 8, 2010

Istimewa untuk ratu hatiku.....


Ada suatu cinta yang menyentuh jiwa,
Ada suatu rindu yang takkan sirna,
Ada suatu sentuhan yang selalu terasa,
Ada suatu nama yang selalu bertakhta.

Dia teman bicara yang tidak jemu,
Dia pemberi nasihat yang tidak ragu,
Dia yang sentiasa membangkit semangatku
Dia sering memberi yang terbaik buatku
Dia jua yang mencintaiku selalu.

Pada kesusahannya mengandungkanku,
Pada kesakitannya melahirkanku,
Pada jerih payahnya membesarkanku,
Pada kesabarannya mendepani karenahku,
Pada air mata dan keringatnya menjagaku,
Aku bermohon wahai Tuhan....

Moga Kau ampuni dosa-dosanya,
Moga Kau limpahi kebaikan buatnya,
Moga Kau limpahi taufiq padanya,
Moga Kau bahagiakan hatinya,
Moga Kau muliakan dia di dunia,
Moga Kau cintai dia di syurga...

Ada suatu cinta yang menyentuh jiwa,
Ada suatu rindu yang takkan sirna,
Ada suatu sentuhan yang selalu terasa,
Ada suatu nama yang selalu bertakhta,
Dialah ibuku, ummi ku, bondaku, mamaku, mumyku dan emakku...
Istimewa untukmu ratu di hatiku..."HABIBAH BINTI RA'EE"

Selamat hari Ibu





Paparan video pada skrin di atas memperdengarkan sebuah nasyid yang cukup syahdu. Suara dari Syeikh Misyari al Afasi, yang cukup terkenal dengan alunan ayat-ayat suci yang merdu.

Kandungannya menggambarkan kisah seseorang yang tidak mampu melihat keindahan bulan dan alam semesta. Juga, tidak dapat menatap wajah lembut seorang ibu kerana matanya buta. Kisah yang dipertontonkan itu cukup menusuk kalbu dan jiwa.



Nota Cinta.....



Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah


Create your own at MyNiceProfile.com