Thursday, September 2, 2010

Mungkin benar ...mungkin juga tidak!!!


Semasa membaca article ni, tersenyum jugak ak..Honestly, ader betulnya juga...aku tak kan bg tau nombor mane yang sama dgn apper yang aku rase...well, setiap org berbeza beza pendapat ...So , aku tak nak la stress kan apper yang aku rase...biarkan rahsia...kepada sahabat2 ku yang lain, apper yang kamu rase yer??? Oleh itu , renung2kan dan selamat beramal......

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa


Tuesday, August 31, 2010

Crik2....crik2



Skrg nani di lab menara saas....em pagi ni ader klas Dr. Cyintia....because she is not well, so the class is cancel...alaaaaaaaaaa...hu3....

sambil duduk2 di depan komputer ni, nani dgr lagu "Kembang PERAWAN"...nice song.....rentak die mendayu dayu sikit....hu2...ala fairy tale...huu3..
ina n erleza pula tgh mendendangkan lagu raye kuat2 dalam lab ni. bising ar sikit..classmate yang lain semue da balik bilik...kebetulan ader klas marketing ptg ni...so malas nak balik..penat la jalan kaki dari teratai ke menara saas.....

nasib abg kat lab benarkan kite org gune lab ni.......tq abg..ops luper ar name die,,,besok2 jer la tanyer....hu3...

Tak sabar betol nak balik rumah ni....em nak tolong mak kemas rumah bg cantik...cuti ni pun plan nak gi Rumah Aisyah....skrg aisyah da pindah rumah baru...em so mybe nani akan gi umah die dalam 2 hari....hu2...tgk la mcm mane nanti....em rindu nyer pada siti Aisyah....die la sahabat yang paling nani sayang......

balik kampung pun jgn lupe, byk agi assignment kene selesaikan ...." HAPPY2 JUGAK' STUDY JGN LUPER"...

ok la, nak bace star online jap, em aper la story menarik pg ni....weeee~~...ok jumper lagi utk post yang akan datang.......Salam Ramadhan


Monday, August 30, 2010

Muhasabah Cinta ILLAHI






Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Lagu ini sentiasa mengingatkan diriku
tentang dosa-dosa silam...
Lemahnya diriku jika terlalu leka dan lalai
dalam mengabdikan diriku kepada Pemilik Hatiku...
Allah Subhanallah Taala...
Semoga Rahmat dan keberkatan dariNya
dapat mempermudahkan segala urusan dan kesulitan
ku dalam mengharungi liku-liku hidup
dalam mencapai Syurga Fidausi...


Sunday, August 29, 2010

Nice Weekend....("-")....



Assalammualaikum....em da lame agaknyer tak publish post kat blog ni.....Skrg ni pun br jer abis klas ustaz Azzam,,,ptg ni pula ader class dr.bern (cross cultural) sampai kol 5...

Penat semalam tak abis lagi, dari pagi berjalan .sajer jer jalan2 kat jalan tar , masjid India..ika, ina, ummi, vinda n cik azuna pun ikot sekali..bj raye semue da beli da...tp tahun ni bj sepasang jer la....tahun ni nak bersederhana jer rasenyer...nak cari baju bukan main susah,sebab nak cari baju warna yang seakan2 bj ayah n adik...tp tak tau la same ker tak.....alhamdulillah, akhirnya nani jumper bj yang dicari-cari....simple n selesa dipakai....dan pertama kalinya nani memiliki bj KEBAYA CHEONGSAM....tahun2 yang lepas just bj kurung biasa sahaja...takper, tahun ni tukar fashion sikit....

Em byk betol event yang berlaku semalam, ader program "bubur lambuk n kacau dodol utk kolej TERATAI" dan juga program " Singgah Sahur"...tp nani just dapat attend program singgah sahur jer la....em tak sangker dapat jumper dgn dato' Muhkriz dan artis2 media prima...mybe program ni akan ditayangkan pd hari jumaat dan sabtu...entah la, kite tgk jer mcm mane hasilnya nanti...

Sempat juga bergambar dgn fizz fairuz....he is nice...

warga media PRIMA TV3 yang hadir

Komander Kesatria dan Dato' Mukhriz....mesra rakyat n peramah orgnye...


Semalam juga ulang tahun pengamanah agama....sempat juga la nani wish...nasib ingat, walaupun hanya beberapa sms, itu pun da bermakna....=)...semoga dia sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki...amin.....

ok la, wat mase ni, tu jer kot nani nak tulis, ader byk keje lagi nak kene buat ni....em tak sabar betol nak balik raye......tiket da beli da....nasib teha tolong belikan ...thankz teha...ok, kita jumper lagi nanti.......SALAM RAMADAN......


Wednesday, August 18, 2010

ketika tangan dan kaki Berkata





Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lgi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya
Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab, tiba...

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya
Sempurna

Mohon karunia
Kepada kami
HambaMu
Yang hina

Monday, August 16, 2010

JENDELA HATI





Aku Ingin Hidup Secerah Mentari
Yang Menyinar Di Taman Hatiku
Aku Ingin Seriang Kicauan Burung
Yang Terdengar Di Jendela Kehidupan

Aku Ingin Segala Galanya damai
Penuh Mesra Membuah Ceria
Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara
Melerai Rindu Di Dalam Dada

Sedamai Pantai Yang Memutih
Sebersih Titisan Embunan Pagi
Dan Ukhuwah Kini Pasti Berputik
Menghiasi Taman Kasih Yang Harmoni

Seharum Kasturi Seindah Pelangi
Segalanya Bermula Di Hati Di Sini...


Monday, August 2, 2010

terima kasih utk segalanya


Kini ku sedar
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Penantian ku selama ini
hanyalah sia2
kerana dia bukan milikku
Mungkin dia sudah bertemu dgn yang lain yang lebih baik dari ku
hanya ku pinta dia bahagia
dan tersenyum selalu
kerana aku di sini masih sahabatnya


Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Aku tahu aku tidak sempurna dan terlalu byk kekurangan
Aku ingin dia membimbingku dan mengajarku
agar dia dapat menutupi segala kekuranganku
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…


“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”


Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T

Sunday, August 1, 2010

Angin Sampaikan Salam ku Kepadanya....





Alhamdulillah , kami semue selamat sampai ke Shah Alam pd pukul 2.30 pg.....Rase sedih sebab terpaksa meninggalkan Pulau Perhentian...Percutian kali ini bersama kawan2 dan senior merupakan percutian yang paling SERONOK & BEST sgt2....Akhirnya, aku menemui ketenangan yang aku cari di sana....Semoga suatu hari nanti aku akan ke sana lagi bersamanya....Angin terima kasih kerana telah sampaikan salamku kepadanya.......

Ops, esok klas da start kol 8.30...skrg tumpukan perhatian utk belaja n assignment....Mase utk berseronok & cuti2 malaysia da TAMAT.....

Hari Baru...

Senyuman Baru...

Semangat Baru....

Kekuatan Baru...


Senang cerita semue baru la.....hu3......

(^..........................^)

Saturday, July 24, 2010

CENCALOK VS BUDU



Setahun kini,
Tidakku sedari, tidakku mengerti,
Hadirnya dirimu,
Mencipta memori.

Setahun kini,
Tidakku fahami, tidakku pasti,
Apakah perasaan ini,
sesuatu yang terbit di sanubari.

Setahun kini,
Timbulnya mentari hingga malam hari,
Ku bertanyakan Ilahi,
Ku soal hati, Ku selami nurani.

Namun, Tuhan ingin menguji, tabahnya hati,
Bintang hatiku pergi, tidak lagi di sisi,
Harapan ku mati, gugur ke bumi,
Bicaraku terhenti, tinggal misteri.

Hilangnya dirimu, bersama mimpi,
Tersentak aku dari fantasi,
Dan kini, yang pasti, realiti,
Kasih belum termiliki...

Sepi!
Aku sendiri.
Masih berlari.
Menempuh perjalanan yang sunyi ini.

Tuhan,
Ku masih menanti.

Ya Allah,
Aku Lelah!
Aku Pasrah!

Tuhan,
Ku ingin seperti mawar berduri,
Sesegar embun pagi, seharum kasturi,
sehangat matahari, seindah pelangi.

Tuhan,
Tidakku peduli lagi,
cinta duniawi,
Walaupun sendiri,
Biar pun pertama di hati,
Biarkan lah mati untuk terakhir kali.

Tuhan,
Berikan lah aku kunci,
Untuk mencintai,
Untuk mendekati,
Dalam meneguk kasihMu nan suci,

Kini aku pasti,
CintaMu penuh erti,
Cinta yang hakiki...

Amin, Ya Rabb...




Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........


Friday, July 16, 2010

SATU CINTA.....KEKAL SELAMANYA......


Sentiasalah mengingati Allah dalam setiap saat kita berada di dunia ini, berusahalah mencari satu cinta, iaitu cinta Allah. Ingatlah, hanya cinta Allah yang mampu memberi ketenangan kepada kita, insyaAllah. Selamat menghayati lirik satu cinta ini dan semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada lirik ini.




Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah sgala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku, keimananku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
Tiada waktu kutinggalkan demi citaku kepadaMu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini, hanya padaMu kupasrahkan

Oh Tuhan selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Wednesday, July 7, 2010

pEnGUbAT hATI




KEBESARANMU


Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan