Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai anak. Lalu, terdetik di dalam hati dia (bernazar), "Kalau aku mendapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakanlah isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah... Dia dah bernazar nak minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu... Lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya, pun pergilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa dan menceritakan apa yang telah terjadi ke atas dirinya... Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air itu. Lalu, lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi....
Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, ister kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami & anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang meninggalkan solat. Tak tergamakkan? Tapi, lain pulak halnya dengan orang kita ni.. pagi petang.. mamak!! Teh tarik satu, roti canai satu... ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat... Kita pun makan bekas air tangan dia... Maka, gelaplah hati kita... sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. So, beware dengan apa yang kita makan... Betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah s.w.t mensyariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa mamalakat aimanukum." Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu." Jadi, sama-samalah kita pelihara solat kita dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak... wallahua'lam..
[p/s: Terima kasih kepada sesiapa yang sudi mengunjungi blog ini. Maaf kerana tiada cerita dari saya buat sementara waktu. Life was so busy lately... Semoga entry kali ini memberi manafaat untuk kita semua... Amin]
No comments:
Post a Comment