Monday, August 2, 2010

terima kasih utk segalanya


Kini ku sedar
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Penantian ku selama ini
hanyalah sia2
kerana dia bukan milikku
Mungkin dia sudah bertemu dgn yang lain yang lebih baik dari ku
hanya ku pinta dia bahagia
dan tersenyum selalu
kerana aku di sini masih sahabatnya


Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Aku tahu aku tidak sempurna dan terlalu byk kekurangan
Aku ingin dia membimbingku dan mengajarku
agar dia dapat menutupi segala kekuranganku
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…


“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”


Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T

2 comments:

.a.z.r.i. said...

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-yang-kita-mahu-dalam-hidup/

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-cinta-cinta-itu/

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-mengapa-bukan-kamu-yang-bercouple-dengan-dia/

.a.z.r.i. said...

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-yang-kita-mahu-dalam-hidup/

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-cinta-cinta-itu/

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-mengapa-bukan-kamu-yang-bercouple-dengan-dia/