Sunday, June 28, 2009

Rintihan Hati......


Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Dan Ya Allah...Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhan ku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah yang tercinta...
Gantilah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupaun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku...
Kerana Engkau maha mengetahui...
Segala terbaik buat hambamu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin ...Ya Rabbal A'lamin.



.....Diriku Kini......


Perjalanan ini...

Harus kulalui dengan ketabahan & kesabaran...

dalam mencari erti keikhlasan dan kejujuran..

bukan dari kamu, dia, mereka..

tapi dari diriku, hatiku, sanubariku,

zahirku, batinku dalam segala perlakuanku. .

mencari-cari diri dalam seribu kekalutan duniawi

tentang bicara hati..

bicara tentang diri..

apa yg ku cari...

apa yg ku perlu..

apa yg ku tagih..

apa yg ku mengerti..

apa yg ku pelajari..

apa yg telah ku perolehi..

apakah aku kan mensyukuri setiap nikmat dan dugaan yg diberi..

namun perjalanan ini belum ku temui nokhtahnya

sehingga Allah ambil ku kembali kepada NYA...

Ya Allah, tunjukkan lah hamba Mu ini jalan Mu..

Jalan yang Engkau Redhai....

Amin Ya Rabbil Alamin...



Saturday, June 27, 2009

Kita Dan Ibu

Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu. Kita dan ibu Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terimakasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan
terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima
kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan
terima kasih dengan menjerit : "tak nak! Tak nak!"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima
kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih
dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima
kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke
mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan
terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita
ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak
sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang
persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak
menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan
ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita
diterima masuk ke ipta, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka
ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,
menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan
selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istemewa, kita kata,
"?Itu bukan urusan ibu."

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang
kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan?. "perabot pilihan ibu
aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan
bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut,
"ibuuu, tooooolonglahhh?."

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis
perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan
kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai
penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, "?Itu dulu, sekarang zaman
moden."

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai
kenduri-kendara di kampung, kita berkata, "kami sibuk, tak ada masa nak
datang."

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita
bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban
kepada anak-anak.

Dan kemudian suati hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu
bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita
terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah meninggal, ingatlah kasih dan
sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

pls : smg kite semue mengambil iktibar daripada kisah ini....dan smg kite tidak tergolong di dalam kalangan anak2 yang menderhakai ibu bapa kite.....Amin Ya Rabbal Alamin

emak maafkan akak jika akak menyakiti hati emak...kadang2 akak tak sedar kata2 akak telah mengguris hati emak.akak berdosa.maafkan akak mak....akak sayang emak.....emaklah yang sentiase di hati akak.....

Ya Allah, ampunilah dosa ku kerana telah menyakiti hati ibuku sendiri.......Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani ku......Amin......

"SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU"



Friday, June 26, 2009

Masih Seperti Selalu???

sering ku pinta dariMu..
kerap sekali ku bertandang ke rumahMu..

selalu ku mengetuk pintu-pintuMu..

dan tiap kali itu juga..
permintaan ku hanya satu..

semoga dipermudahkan untukku..

dan ia masih seperti selalu..
aku berjalan dalam kehidupanku..
aku berlari dalam duniaku..

dan ia masih seperti selalu..
dalam riang ku..
aku tersadung di lubang itu..
aku terjatuh kerna lopak itu..

dan ia masih seperti selalu..
aku menangis bukan padaMu..
aku merintih pada selainMu..
aku merayu ada yang menemankan ku..

dan ia masih seperti selalu..
aku akan tersedar salahku..
lalu aku berpaling kepadaMu..
semua itu setelah aku melupakanMu dahulu..
entah ke mana sifat malu ku..
namun aku hanya ada diriMu..

dan sekiranya ia seperti selalu..
aku akan meminta daripadaMu..
agar dipermudahkan urusanku..

namun hari-hari itu aku ingin biarkan berlalu..
hari itu aku tidak mahu seperti selalu..

maka kali ini pintaku..
agar dikuatkan imanku..

moga dengan iman itu..
aku tidak lagi tersadung di lubang itu..
aku tidak lagi terjatuh di lopak itu..
aku tidak lagi menangis bukan padaMu..
aku tidak lagi merintih pada selainMu..
aku tidak lagi merayu ditemankan oleh selainMu..

amin..

Thursday, June 25, 2009

Terfikir Sejenak.......

Dia ingin suami sehebat itu!

Selepas mengikuti rancangan Halaqah yang bertajuk "Kawin Dulu" selama 1 jam di tv 9...Dia termangu. Diam membisu. Kadang-kadang tersenyum sendiri. Terkulat-kulat mencari kriteria mujahid idaman hati. Terbayang-bayang peribadi suami soleh yang ingin dimiliki. Dia bukan pencinta bernama lelaki, tetapi dia pencinta si suami. Dia wanita penentang keras cinta sebelum nikah, dia hanya ingin sah dimiliki selepas “Aku Terima Nikahnya” terlafaz. Dia ingin memiliki kasih suami, dia ingin menjadi sayap kiri yang rela berjuang bersama suami. Dia ingin ditarbiyah, dia ingin ditegur penuh hikmah. Dia ingin punya suami romantik, halus dan santun berkata-kata. Mengelus lembut, membelai penuh kasih, mencintai sepenuh hati. Dia ingin begitu.

Dia ingin suami kuat beragama. Pandai bertazkirah. Hebat berkata-kata. Hebat memimpin. Suami tegas seperti ‘Umar, namun lembut seperti Abu Bakr. Bijak laksana ‘Ali, ada malu seperti Uthman. Dia terlalu memuja kumbang yang sebegitu. Tapi, bila difikirkan sejenak, adakah dia layak utk memilikinya???Kerana dia tahu bhw dia juga tidak mempunyai kateria seperti mujahid idaman yang diinginkannya.......

Ya Allah,segala pemberianMu yg aku sayangi ,jadikanlah ia kekuatan utk ku mencintaiMu,dan segala apa Engkau pisahkan dari ku,sedangkan ianya amat aku sayangi,maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri ku…


Apa itu Baitul Muslim?

Baitul Muslim dalam jamaah adalah salah satu platform bermanfaat untuk mencari suami soleh dan isteri solehah. Kedua-duanya dalam golongan yang ditarbiyah dan mentarbiyah. Salah satu usaha, menjadikan “orang tengah” sebagai penghubung dan pengikat cinta halal ke arah membina masjid; perkahwinan. Cinta terlarang dapat dielak, sekaligus membangkitkan harmoni dalam rumah tangga. Ta’aruf selepas perkahwinan. Bukankah misteri itu indah? Bukankah manusia memang nalurinya memang suka pada benda yang baru? Bukankah kita penuh sifat inkuiri?

Malah jika peranan orang tengah ini diinstitusikan di bawah unit-unit secara sistematik, ia adalah lebih baik dan bermanfaat. Bagi gerakan-gerakan Islam dan kumpulan dakwah yang menghimpunkan sekelompok besar ahli yang sepemikiran dan memegang nilai serta pandangan hidup yang sama, proses untuk mencari jodoh yang diintitusikan di bawah “Unit Baitul Muslim” adalah suatu tradisi zaman-berzaman yang amat berguna. –Bercinta Sampai ke Syurga, Hasrizal Abdul Jamil.



Memberi dan menerima, itulah kesempurnaan!

Dia berkira-kira.Dia masih menyimpan “Borang Baitul Muslim” itu....Kertas itu masih di simpan rapi di sebalik buku2 ilmiahnya.. Ruangan ciri-ciri suami yang harus diisi, masih kosong. Walaupun pen pernah ada di tangan kanannya , tapi dia masih mencari peribadi yang konon sesuai dengan peribadinya. Fikir-fikir kembali, kita manusia memang selalu begitu. Bukan semua, tetapi sebilangan. Mencari kesempurnaan sebelum menilai kesempurnaan diri. Mengharapkan kehebatan luar biasa dari orang lain, sedangkan kita belum pun melangkah ke arah itu.

Manusia selalu mencari erti sempurna. Bukankah memuaskan hati semua orang adalah hal yang paling mustahil? Oh, marilah menjadi hamba yang bersyukur!

Hakikatnya, jika sama-sama saling memberi dan menerima, itulah hakikat kesempurnaan yang sebenar-benarnya! Melengkapi apabila memerlukan dan memberi apabila diperlukan.



Orang selalu nak suami soleh, isteri solehah tapi..

Ramai yang ingin dimiliki isteri solehah. Ramai yang ingin memiliki suami soleh. Kadang-kadang diri belum diajar sepenuhnya untuk jadi si soleh dan solehah. Apa kata, sambil berdoa, sambil kita bergerak ke arah itu? Bukankah janji Allah itu benar? Jika kita soleh dan solehah, imbalannya juga begitu, bukan?

Oh, ramai juga berangan-angan ingin punya si soleh dan si solehah. Namun, kita sering terlupa sesuatu. Perkahwinan bukan sekadar memiliki dan dimiliki si soleh dan si solehah. Pernahkah terfikir manhaj ke arah pembentukan baitul muslim yang sejati? Pernahkah terfikir bagaimana untuk membentuk keluarga yang diredhai Allah? Pernahkah terfikir bagaimana untuk mencorak anak-anak yang akan terlahir? Pernahkah terfikir bagaimana untuk mentarbiyah, pada masa yang sama ditarbiyah? Amanah, sungguh bukan kerja mudah. Jom berfikir dan belajar! Oleh itu, marilah kite sama2 renung2kan .....

Wednesday, June 24, 2009

Menerima Kau pergi

Ku punya rasa tak terungkapkan
Hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
Berat menerima kau pergi
Tanpa alasan juga kau buat aku.. bertanya…

Beribu senandung yang ku nyanyikan
Pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
Kata termanis hanya untuk dia kekasih sepanjang hidup
Ku masih merindukannya.. haa aa…

Apakah ku amat berarti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi, ku sendiri…

Beribu senandung yang ku nyanyikan
Pelipur lara basuhkan dahaga sukaku
Kata termanis hanya untuk kekasihku
Ku masih merindukannya.. haa aa…

Apakah ku amat berarti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi, ku sendiri…

Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi, ku sendiri…
tak dapat bertemu dengan dirimu
bila mau mu begitu
ku akan pergi meninggalkan kamu

begitu caramu menyakiti aku
kau biarkan aku dengan kesedihan

ohhhh… ohhhhhh…


lagu ni tak ader kaitan utk sesiapa pun...mungkin lagu ni salah satu types lagu yang aku suke....emm mcm jiwang la pulak kan.....en lantak la org nak kate aper....aper yang penting telinga kite suke dgr.....hu3

Tuesday, June 23, 2009

my sweet vacation to Pulau Besar, Melaka

Beberape minggu yang lepas, kalo tak silap 8 jun ari tu...lambat giler post citer ni....hahahah....paksu n maksu ajak kite org n family g makan angin kat Pulau Besar...em yela...bosan la dok umah jek kan....so pergi sane tak lame pun...sehari semalam jek....eventhough dok melaka, tapi lom penah jejak kaki ke sane.....
so malas la nak citer panjang2, hanya gambar2 ni jek yang menjadi bukti percutian kami di sana.....walaupun sekejap jek, tapi ianya satu percutian yang sangat2 menarik...


at last, da sampai da kat Pulau besar...amik fery dari mane ek??lupe la pulak....hahahha...emm just 20 minit jek...ramai gak yang dtg bercuti bersama sama family.....


emm nak tunggu aper plak kat sini???chalet dier mane ni???btg idung pun tak nampak agi......


main side view ...


cantiknyer air laut die...tak sabarnyer nak mandi mande.......
wait for me, here i come....


tak main la naik2 van ni....kelaka la transport die, pintu van tak ader,,,hahah.
kate nak makan angin, soo baik kite jalan kaki jek la...nak menikmati keindahan flora dan fauna la katekan........


em akhirnya, dapat gak celup2kan kaki kat pantai ni...actually kite org kat tgh2 laut ...lebih kurang mcm tu la...sebab skrg ni air tgh surut...mybe jap lagi pasang la....tapi best sgt, air die memang clean n clear....


pembuli utama........sedang mengejar mangsanya.....


gambar kasut pun amik gak...layan....saper punyer la ni....hu3


penat aku timbus kaki sendiri, senang2 jek aiman pijak...kurang asam..nak kene budak ni.....da la berat...sakitnyer kaki ku......


da malam rupenyer.....em skrg ni tgh menikmati keindahan malam kat tepi pantai...bersebelahan jek dgn tapak perkemahan kami......skrg ni aku tgh baring atas batu...ditemani dgn deruan ombak dan tiupan bayu laut....sambil melihat cahaya bulan dan bintang yang berkelipan di langit..... skrg ni pun paksu n hafiz tgh memancing .......


hahah..bukan main lame tunggu..ikan beso ni jek dapat...tak le harap langsung..hahah..kesian betol paksu n adik aku......semangat jek lebih....tak per la tak ader rezeki ...da nasib bdn......


kebetulan, ada la 3 org pakcik mane tah dtg, menjala kat area tapak perkemahan kami ni.....wow, bukan main expert betol die org ni...tak sampai 5 minit, da dapt ikan beso2...ikan siakap plak tu....kalo bakar pon sodap......excited betol pakcik2 ni nak amik gambar....senyum sikit...peace.....

TO paksu n hafiz : jgn sedih eh tgk ikan org lain.....kite bakar jek la ikan yang ader......sedap gak kalo bakar ikan2 fresh ni.....wow......


da ari last da, tapi before kite org packing2 barang2 n check out...sempat gak la mandi2 manda utk kali kedua....ok la lain kali kite dtg lagi k


fery kite org kul 2.30...so skrng ni just lepak2 kat pondok2 rehat...so aper lagi...meh dok tepi pantai, amik gambar2 yang tomey2......



cousin aku yang paling kecil sekali....aliya sofia namenyer...dulu ak penah wat post pasal die,,,,skrg ni die da besar da....syg sgt2 kat die.....aliya sofia ni sgt active orgnyer..die jg murah dgn senyuman......hu3


my sis n anis syazwani.....


jalan2 cari makan...


menghabiskan mase2 yang ader...sambil menunggu feri...


i really like this picture..kalo tak silap anis yang amik...pandai betol budak ni amik gmbr bot ni.....cayalah anis.....i proud of u....


this is my hero...aiman namer diberi....nasib baik aku bwk 2 camera...so anis le pegang satu, aiman pun boler pegang satu..kalo tak due2 berebut nak jd photografer.....walaupun die org ni kecik2 lagi, tp pandai amik gambar mcm photografer professional....betol tak tipu,,, most of the pic yang ader kat camera tu, die org yang amik.....but, bakat aiman la paling menyerlah....


ok itu sahaja la percutian kami di Pulau Besar ni....da lame tak jumper air pantai yang jernih2 ni...mybe our next vacation is Pulau Tioman @ Pulau Pangkor.....mesti lagi best...... nanti la, kalo betol2 nak wat real picnic mcm ni, kene rancang awal2....mybe le byk activiti yang le dilakukan....so le la ajak pak ngah, mak long, pak ajak, pak im , pak man, maktok, atok sekeluarga......syoknyer.......

Sunday, June 21, 2009

HAPPY FATHER'S DAY FOR MY BELOVED FATHER....



ketika berjauhan,
masihku rasa hangat kasihmu ayah,
betapaku rindukan redup wajahmu,
hadir menemaniku..

terbayang ketenangan,
yang selalu kau pamerkan,
bagaikan tiada keresahan..

walau hatimu sering terluka,
tika diriku terlanjur kata,
tak pernah sekali kau tinggalkan,
diriku sendirian..

ketikaku dalam kedukaan,
kau mendakap pen
uh pengertian,
disaat diriku kehampaan,
kau setia mengajarku,
erti kekuatan..

terpancar kebanggaan,
dalam senyummu,
melihatku
berjaya,
bilaku kegagalan,
tak kau biarkan,
aku terus kecewa..

dengan kata azimat,
engkau nyalakan semangat,
restu dan doa
kau iringkan..

walau hatimu sering terluka..

tak dapatku bayangkan,
hidupku ayah,
tanpa engkau disisi,
semua kasih sayang,
yang kau curahkan,
tersemat dihati.....




Istemewa utk ayahanda kesayangan akak, Ismail bin Sabran...

Selamat Hari Bapa akak ucapkan kepada ayah...terima kasih atas segala pengorbanan yang telah ayah curahkan kepada kami sekeluarga...segala keringat dan titik peluh ayah selama ini amat akak hargai....Ayah sgt memahami akak dan selalu mengembirakan kami sekeluarga.Walaupun ayah penat selepas balik bekerja, tetapi ayah sentiase berkata " Jom pergi jalan2...", tak kire la kemane tapi ayah akan membawa kami sekeluarga meluangkan masa bersama di luar....ayah sgt sporting......Jika hati ayah pernah terluka kerana akak, akak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki....Ayah la segalanya untuk akak.....Kami sekeluarga amat menyayangi ayah.....

Dan pada hari ini juga, akak dikejutkan dgn satu berita gembira utk ayah dan emak....akak dapat menyambung degree akak di uitm shah alam dalam bidang yang kakak nak selama ini.....terima kasih Ya Allah kerana telah memakbulkan doa dan permintaanku selama ini....Insha'Allah inilah yang terbaik untuk akak..doakan kejayaan akak......dan akak akan buktikan suatu ari nanti akak akan mengembirakan emak dan ayah & membalas semua pengorbanan yang telah emak dan ayah berikan kepada akak dan adik2.....Akak berdoa agar keluarga kita sentiase menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya di dunia dan diakhirat...amin.....


Tuesday, June 9, 2009

My big family.....

Semalam kite org semua da keluar beli baju raya...em semue memborong kat Astana Moda...em sibuk la memilih baju raye masing....mcm2 ada, berwarna warni,,thn ni tema baju bg family pak ngah warne warni....tp utk family aku pula tema bj raye utk raye pertama mybe warna oren.....tp bj aku peach ke arah oren la....layan jek la....Pastu singgah umah maksu, em kebetulan semua kaum keluarga belah mak ada di melaka....maktok ade, tok rae'e ade, pak man, pak ajak n pak im nyer family.....mase tu pun die org tgh wat bbq...aper lagi, perut da lapar, serang la umah die org....

Tujuan pak ngah datang ke rumah adalah disebabkan utk melihat rumah yang baru dibelinya...dekat jek la dgn umah aku....selang 4 buah rumah jek dari deretan umah aku.....hahah...harga pun boleh la tahan...mane la tahu, kak lin atau asyraf bekerja kat melaka ke , le die org gunakan rumah tu...tp buat mase sekarang ni, mybe sewakan jek kot.....tp before nak sewakan kpd org lain, kene la jd kan umah tu cantik cikit....perbetulkan aper yang masih rosak...Then family pak ngah bertungkus lumus mengecat rumah baru mereka....warna warni didalam nya....gaya nye mcm die org jek yang nak duduk...teliti betol die org cat......untung la saper dapat sewa rumah tu..memang selesa dgn suasana rumah yang baru diperbaiki....

Ok malam yg seterusnye, kite org saje2 jek la nak makan2 angin kat melaka ni.....so destinasi utama ialah d tgh2 bandar melaka.....mcm biase la..inilah pot bg para2 remaja menghabiskan masa mereka .....tp kite org singgah ke Menara Taming Sari...pak ngah n famly pun belum pernah naik menara ni...ramai jugak la yang beratur utk merasai kenikmatan malam di bandar melaka ni dgn menaiki menara ni.........

MENARA TAMING SARI


Ramai betol org malam tu.....



menara ni otw nak naik keatas.....cantik pemandangan menara ni pada waktu malam....


inilah mereka.....pak ngah malas nak naik..tunggu kat bwk jek.....



pose sekejap la dgn asyraf, my sweet n sporting cousin...penat la pulak asyik amik pic org lain jek....


DATARAN PAHLAWAN

uit.....please say cheese...waktu ni otw nak ke Carefore...singgah beli brg2 keperluan sekejap....



em pakcik asyraf ni tak abis2 nak wat pose....penat arif amik pic abg die ni......aku da tau da, nanti die nak edit,,,,die kan pwr bab2 grafik ni....

sebelum tu, sebagai sepupu yang baik, aku harap penyakit asyraf sembuh...kesian die, tgn n kaki die cepat sgt berpeluh..bukan sikit, tp byk sgt,,,,bile di lap, sekejap jek da ade manik air kat tgn die,,,aku da wat experiment.....smg pembedahan kamu berjaya..amin...pasni da tak payah dah die pakai sarung tgn mase nak lakar lukisan.......



skrg ni kat ats padang dataran melaka .....jalan2 makan angin jek....penat da berjalan.....



tersegam indah ....

selepas selesai penjelajahan kite org, aper lagi balik rumah la,,,,tp perut berkeroncong la pulak, singah makan la kejap.....sedap jek kalo pak ngah belanja, kan3..bile lagi nak belanja kite org semue....hu3, aper lagi kikis duit pak ngah.....he3....

Aku memang seronok sgt kalo bersama2 family belah mak....kalo ader family mak long lagi best...kami memang rapat....insha'ALLAH time raye ni kite semue akan bertemu lagi....tahun ni rase nyer semue raye kat ayer itam johor....sebab tahun lepas ,d
ie org da raye belah mak mertua...wah, meriah la raye tahun ni.....Mudah-mudahan....

The story of happy tree frends....

31 mei 2009 (Sunday)

Hari ini aku n yana bercadang untuk datang ke rumah faiza di Batu Pahat Johor.....Mcm biase la kite org akan naik bas ke sane...tp kene pergi ke rumah yana dulu...Malangnya , ayah aku kerja pada ari itu, so kene la naik bas ke sane...Em mcm biase la, saper tak kenal nurul ilyana...em aku kenal die sejak aku Darjah Satu lagi....bab2 menggemas ni , memang die suke wat keje last2 minutes...ha3 , kelaka la makcik ni....sampaikan aku tergelak tgk die mengemas....yana2, itulah sahabat aku....Pastu mak n ayah yana anta la kite org ke Melaka Central....sampai sane lebih kurang dalam pukul 3.45 ptg....then tiket bas kite org pukul 5.30 ptg....

At last, kite org sampai ke Bp pd pukul 7.45 malam....Em letih nyer...mase dalam bas memang tdr la aktiviti kite org berduee,,,,,hehehehehhe...Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke rumah faiza......


1 Jun 2009 (Monday)

Mcm biase la, kalo da dtg ke rumah Faiza , byk la aktiviti kite org,,,em tak ader maknernyer nak duduk rumah....aper lagi, keluar berjalan la....Destinasi utama kami pada ari ini ialah back to our old school (MRSM PONTIAN)...tujuannya adalah untuk mengambil kite org nyer sijil SPM, sijil LDP dan juga sijil PMR utk Rasyiqah, Latifah dan Aisyah (sahabat lamaku)...


MRSM PONTIAN


Kalau tak silap la, pada ari tu MRSM Pontian menjadi Tuan RUmah utk Program Gerak Rebung...iaitu aktiviti kepimpinan utk LDP & BWP Mrsm Se-Malaysia....Em nasib baik office bukak....Sampai jek kat pintu pagar, em teringat kembali kenangan2 manis semasa berada di MRSM Pontian dahulu....Rindunya pada rakan2 sekelas dan sahabat2 yang lain.....Byk sgt kenangan pahit dan manis yang pernah dilalui bersama....eh asal plak felling sgt ni......ok2 kite ubah mood balik...hu3...

Tanpa tak sengaja, kami terserempak dgn beberapa org cikgu.....Nak tau tak saper org pertama yang kite org jumper????...Saper lagi kalo bukan Cikgu yang paling tebal misainya kalo bukan Cikgu Zamzam....Seronok dapat berbual panjang dgn die...em masih maintain mcm dulu....kelaka, smart dan sporting....pastu jumper cikgu Teti, Puan syariah, cikgu Zaharah, & Miss Wana..Actually die org memang tgh bz waktu tu...em sebab kene handle program maktab...So tak dapat la berborak panjang sgt....Walaupun sekejap, ianya amat bermakna....


Before naik kete, kite org sempat lagi pose,,,,em nak wat kenangan la katekan...Rase nye ni mungkin kali terakhir kite org jejak kan kaki di sini...tp tak tau la jugak , kalo ader paper nanti insha'Allah kite org akan datang lagi....mudah-mudahan....


TANJUNG PIAI


Ok, tanjung Piai menjadi destinasi kedue kite org..Kebetulan Faiza memang ader plan nak ke sini, sajek nak tgk tempat2 strategik utk wat program reunion klas 503 nanti....tapi biler dipikirkan semula, tanjung Piai bukan lah tempat yang sesuai utk dijadikan lokasi reunion....takper la ....kite jalan2 jela ...em memang da lame pun tak jejak kan kaki ke sini....paling last pun mase form 3, lawatan homeroom Keruing.....da berabad da...ok la, kite amik angin n cuci mate jek la.....mcm biase, amik gambar la.....



Teriknya cahaya matahari,,,walaubagaimanapun, senyuman kene maintain....nani sayang sgt2 kat mama, yana n faiza......die org ni la insan paling istimewa dalam hidup nani...



inilah Puteri2 kesayangan pakcik Kadir....dan mereka juga merupakan Ratu hatinya....Adik Lia, Faiza dan Mama.....Mereka semua baik sgt2.....susah nak jumper org mcm mereka ni....aku da anggap die org mcm family sendiri....



2 beradik yang sentiase saling sayang menyayangi antara satu sama lain.....nak marah, nak sayang, nak benci ,nak pukul, nak aper2 la hanya antara 2 beradik ni sahaja...tiada 3 tiada 4 ataupun lima.....pahit manis akan dilalui bersama....inilah sebuah ikatan yang paling istimewa yang Allah anugerahkan kepada Hambanya....

After jek bersiar siar di tanjung Piai, kite org bercadang utk menziarahi tempat satu2 favourite kite org bershopping mase zaman mude2 dahulu....nak tau tak aper tempatnye???? iainya merupakan shopping complex yang paling majulah kat Pontian....ingat tak lagi name nyer??? BILLION la.....hahahah...em kelaka la bile teringat mase mule2 pembukaan shopping complex kecil ni...em semue pelajar mrsm pontian seakan akan teruja dgn kehadirannya.....yela, mane taknye, pontian kat kwsan laur bandar, so tak la membangun sgt..tp ok la, tahun demi tahun semakin byk bangunan dan kemudahan baru yang dibina.....utk kemudahan penduduk daerah pontian juga....paper pun aku seronok berada di pontian selama 5 tahun....aku tak pernah menyesal ditempatkan di sini.....aku berasa sgt2 bersyukur.....



2 Jun 2009 (Tuesday)
BP Mall

Inilah saat2 yang paling dinanti nantikan...iaitu bershopping....destinasi pilihan yang menjadi tarikan kepada faiza ialah BP Mall....not bad la...memang sesuai nak abiskan sisa2 duit yang ada....ceh, bunyi ayat mcm byk duit jek, tp sebenarnya kering kontang,,,hahahaha...kite org byk abiskan mase kat sini....kalo tak silap sampai malam....entah aperlah yang dilihat ....paper pun layan......

em kebetulan da ad kat sini , baik ajak azlizan sekali...umah die kan dekat aje....so kite le wat reunion CP 20....hahahha...



senyuman manis yang terukir di bibir 3 dara pinggitan.......



Tak sah kalo tak nampak gigi.....mcm boria la pulak, warna baju and tudung yang same.....sehati sejiwa la katekan...iyer ke???



em comel kan mereka ni........em inilah rumate2 aku mase kat pontian dulu....CP 20...hidup CP 20!!!!!...hahahah..tak sangke dapat bertemu semula...mcm tak percaya....



em faiza da beli kasut sekolah baru......hahaha...kasut sekolah ke cik akak oi????em lebih kurang la tu...kan3?



em cik akak, le ngorat tak????hu3...eh mane boleh....semue da ader yang punyer.....tp yang tengah tu masih dalam dilema kan?????hahahha....saper la agaknyer putera idaman cik ilyana kite ni......moga2 bersama mr. F



my favourite perfume....so sweet.....i want to get it...but it's too expensive......so sad....mybe next time k...


wow!!! when can i get it?? it just a dream....i will try my best to afford it.....



Aper yang penting????? "KERJASAMA"...milik siapakah kaki ini????cube teka???kite tgk saper yang kene.....



peace2 kacang peast...... vote for us...please dial 999 for rakan cop...



aktiviti menonton wayang memang menjadi plan utama kite org bertiga.....so we decided to watch "Night at the museum 2"...it was so fantastic and i give 4 stars for the movie...



nice movie......


3 Jun 2009 (Wednesday)

Em sekarang ni kite org da otw balik ke melaka...lame sgt dok faiza ni...naik lemak pulak....tak nak menyusahkan pakcik , mama n faiza...em kalo tidak die org nak aku n yana tinggal dalam 3 ari lagi...tapi tak aper la...em mungkin lain kali...insha'Allah...Seronok sgt2.Segala galanya cukup, memang gemok ar kalo dok sana.makan tak berhenti......em da macm family sendiri....em tapi kite org memang anak Mama...betol tak mama????

Jangan lupe pula singgah umah kite org kat Melaka ye nanti.....terima kasih semua kerana memberi layanan yang terlalu istimewa pada nani n yana....sayang mama, pakcik,faiza n adik lia..



terima kasih faiza ku sayang......



Same la pulak baju aku dgn tiang rumah faiza...hahahhaha

Tiket bas kite org pukul 2.30 ptg....so sempatla jumper mama sekejap...tetibe pakcik pulak terkantoi kan rancangan faiza, mama and adik lia utk belikan baju raye aku n yana...em ni yang aku tak ni, rase segan pulak...mase nak pilih baju ak n yana yang dunno jek....pening faiza nak carikan baju kite org....em sebab plan die org da bocor...hahah...tapi macm mane pun, mama memang nak hadiahkan sepasang baju kurung utk kite org....at last, faiza pun beli sekali...so tahun ni baju kite org baju seakan..tp colour lain2 la.....hahahhaha..tq faiza n mama....

Sebenarnya aku da ade 2 pasang baju raye....Beli da siap....Awl nyer???haha...tak per..prepare awl2 lagi bgs sebenarnyer...so tahun ni da ade 3 pasang baju raye....wow....



Mama kate kite org ni anak mama jugak...hu3....sayang sgt kat mama...tgk nak pilih baju pun mama sanggup datang...waktu ni mase lunch mama,,,,kite org sempat la peluk cium mama before kite org bertolak balik......sayang mama.....

p/s = aku sgt2 beruntung kerana mempunyai sahabat2 seperti mereka.....Bkn senang utk kite mempunyai sahabat yang baik...tapi aku bersyukur kerana bukan sahaja aku dikurniakan sahabat2 yang baik tetapi juga sebuah family baru yang sentiase memberi sokongan dan galakan....Alhamdullillah family kami bertiga sgt rapat....jika kami ada masalah, mereka juga akan membantu....itulah yang dikatekan sebuah hubungan saudara seislam.....Ya Allah, aku bermohon agar Engkau melindungi org2 yang aku sayangi dan aku cintai smg mereka sentiase mendapat petunjuk dan rahmat dari Mu....dan berikan la kebahagiaan kepada kami di dunia dan jg di akhirat kelak.....Amin Ya Rabbal Alamin