Wednesday, April 29, 2009

Kadang Kala....


Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita

Kadang kala
keti
ka kita sedang menderita
tiada ora
ng nampak derita kita

Kadang kala
k
etika kita risau
tiada org nampak kerisauan kita

Kadang kala
ketika kita gembira
tiada org nampak
kegembiraan kita

hanya kita saja yang tau diri kita sendiri

dan hanya kita jua yang memahami diri kita sendiri

dan percayalah, Allah sentiase berada di sisi kite

Suatu Coretan dari hatiku.....

Bagaimana untuk ku katakan
Perasaan rindu dan sayang
Pada masa yang telah berlalu

Masa itu sungguh berharga
Coretan-coretan manis
Kenangan dan memori
Sungguh membaja hatiku

Aku mahu masa itu kembali
Kembali melekat hati
Yang sudar berbaur ini

Namun, lumrah dunia
Masaku bersama rakan-rakan
Yang begitu memahami,baik
Tidak mungkin kembali lagi

Sehingga kini, aku masih
Merasakan senyuman
Hilai tawa dan kegembiraan
Yang terukir suatu masa duhulu

Tidak letihku berdoa
Semoga saat itu dapat kembali
Walaupun tidak sesempurna dahulu


Tuesday, April 28, 2009

Anda ingin lebih cantik dan menarik??


# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

penjelasan DARI Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

Khas Untuk Para Wanita.....Renungkanlah


Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar.

Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas.
( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Wallahua’lam.

Mudah-mudahan memberi manfaat pada diriku dan sahabat2 wanita ku yang lain....Renung2kan Dan Selamat beramal.....

Monday, April 27, 2009

KEnangan di zaman kecil ku.....




"Anak rusa NANI, baru kembang ekor....
Aper salah kami lalu tidak tegur"

Masih lagi terngiyang - ngiyang lg suare kwn2 dan cikgu2 sewaktu menyanyikan lagu ini kepada ku ....Kebetulan nama panggilan harian ku adalah NAni..Aku tidak pernah terlepas utk mengukirkan senyuman apabila mereka menyanyikan lagu itu kepada ku....Indahnya zaman persekolahan sewaktu itu....Biarpun mase itu sudah pun lame berlalu...tetapi kenangan itu akan sentiase tersemat di dalam hati ku sampai bila2...

Kelebihan Wanita


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut (permata).

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.

22. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Renung2kan dan selamat beramal.......

Wanita : Akal Senipis Rambutnya


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...


Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Asal-usul Sembahyang

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

  • Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

    ZOHOR:

    Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

  • Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
  • Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  • Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
  • Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

    ASAR:

    Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

  • Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
  • Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

    MAGHRIB:

    Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

  • Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

    ISYAK:

    Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

  • Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
  • CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT



    PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
    Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

    MENERANGKAN PENGLIHATAN
    Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

    PENYEBAB WAJAH BERSINAR
    Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

    PERASAAN BENCI
    Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

    PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
    Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

    KEFAHAMAN DAN INGATAN
    Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

    Sekian, Wassallam.

    Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179)

    Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

    Sunday, April 26, 2009

    FENOMENA AZAN




    Subhanallah..betapa besarnya Kekuasaan-Mu, Ya Allah........Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Mu , Ya Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah....

    Laungan azan ini merupakan satu fenomena yang Agong yang sentiase bertahta di setiap sanubari umat islam dan ia juga menandakan tentang kebesaran Allah S.W.T.
    Wahai umat islam, pastikan lah laungan ini tidak akan lenyap ...

    Saturday, April 25, 2009

    Memang benar katanya.....

    "Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia."

    PerubAhanNya Dapat Ku Lihat......

    Dialah seorang lelaki yang sentiase bertahta dalam hati ku.Putera yang ku harapkan untuk menjadi seorang manusia yang berguna, sentiase mentaati perintah Allah, menjadi anak yang soleh, dan menjadi teman istimewa dalam hidupku.......Kasih dan sayang ku hanya untuknya....Dulu kami rapat....aku menyayanginya sepenuh hati ku.....walaupun kami selalu selalu bergaduh dan berperang mulut, jauh di sudut hatiku utk membencinya......Dari demi hari, aku dan die semakin jauh....dia tidak lagi menjadikan aku sebagai pendengar setianya...Dia tidak lagi bergurau senda dan gelak ketawa dgn ku....Dia tidak lagi menceritakan segala masalahnya kepadaku.....Aku sedih..Kenapa dia sudah berubah, berubah menjadi seorang insan yang aku sendiri tidak kenal.....Ya Allah, apa yang telah terjadi padanya....adakah disebabkan aku.Adakah aku lalai dan leka untuk memahami kehendaknya....Di manakah silap ku....Adakah dia mempunyai masalah dan malu untuk menceritakannya kepadaku....Aku cuba untuk mencari apa punca dan masalah yang dihadapinya....

    Lelaki yang ku harapkan selama ini, tidak lagi seperti dulu. Sekarang dia mudah melafazkan kata2 yang kesat, meninggikan suare kepada org yang dia sayangi dan dia juga senang memberontak apabila ada seseorang yang tidak mematuhi segala permintaannnya....Kenapa dia jadi begini Ya Allah...Pedih rasenye apabila mel
    ihat orang yang kita sayang semakin jauh dari kita..Aku menangis. apabila mengenagkan sikapnya itu..Terlalu byk perubahan yang berlaku pada dirinya..Aku terlalu takut Ya Allah, aku takut dia hanyut dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara ini, aku takut di tidak lagi merasai kenikmatan iman-Mu, aku takut dia jatuh dalam dalam timbunan dosa2nya, aku takut kehilangannya.....Aku sentiase berdoa agar hatinya mudah untuk mendapat cahaya dan petunjuk dari-Mu, aku juga berharap dia sedar dan bertaubat dgn dosa2nya yang lalu, aku juga berdoa agar dia sentiase mendambakan kasih sayangMu dan menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.... Aku serahkan segala-galanya pada Mu, Ya Allah....walaupun begitu, aku tidak pernah lupe utk sentiase menasihatinya,melafazkan kata2 sayang kepadanya dan juga memperbetulkan segala kesilapannya....Aku tidak akan putus2 untuk melakukan yang terbaik utknya.......Biarlah dia bosan, biarlah die jemu mendengar nasihatku....tp apa yang penting aku ingin menyatakan padanya bahawa aku terlalu menyayangi nya....Dia lah INTAN, dialah SAYANG dan dia juga KASIH dalam hidupku....

    Mungkin Allah memperkenankan doaku. Hari ini dia pulang, tetapi kepulangannya membawa satu perubahan baru utk dirinya dan dia meminta pertolongan dari ku....Dan mungkin selama ini dia sedar dia sudah terlalu byk melakukan dosa dan kesilapan...Aku menyuruhnya utk muhasabah diri dan bertaubat...smg Allah mengampunkan segala dosa2 yang lalu......Kini aku gembira semula...aku sudah dapat memiliki kembali PUTERA kesayanganku...Aku akui aku tidak lah sempurna di matanya...aku juga pernah melakukan kesilapan yang aku sendiri tidak sedar. Aku harap agar perubahannya ini menjadi perubahan yang akan mengubah dirinya untuk menjadi anak yang baik,adik yang baik,manusia yang berguna dan juga Hamba Allah yang sentiase mentaati perintah-Nya..Terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doa Kami...semoga perubahannya memberi satu sinar kebahagiaan dalam hidup kami sekeluarga...Aku ingin dia tahu bahawa

    " Adik, akak terlalu menyayangi adik....Adik la satu2 nya adik lelaki yang akak sayang.....dan adik juga la yang sentiase bertahta di hati Akak..sayang dan kasih akak hanya untuk adik"


    WHY WOMEN CRY?

    A little boy asked his mother, "Why are you crying?"

    "Because I need to" she said.

    "I don't understand," he said.

    His mother just hugged him and said, "And you never will."

    Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?"

    "All women cry for no reason," his dad answered carelessly.

    The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise shaikh (scholar). "He surely knows the answer", he thought.

    "Ya Shaikh! Why do women cry so easily?"

    The Shaikh answered:

    "When Allah made the woman she had to be special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort.

    He gave an inner strength to endure both childbirth and the rejection that many times comes from her children.

    He gave her a toughness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.

    He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her badly.

    He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart. He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.

    And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers.

    You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

    Taubat Tetap Diterima Sekalipun Berulang Kali Melakukan Dosa Dan Taubat

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
    عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَحْكِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ فَقَالَ أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَبْدِي أَذْنَبَ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ فَقَالَ أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ قَالَ عَبْدُ الْأَعْلَى لَا أَدْرِي أَقَالَ فِي الثَّالِثَةِ أَوْ الرَّابِعَةِ اعْمَلْ مَا شِئْتَ

    -رواه مسلم فى بَاب قَبُولِ التَّوْبَةِ مِنْ الذُّنُوبِ وَإِنْ تَكَرَّرَتْ الذُّنُوبُ وَالتَّوْبَةُ


    Hadis Abu Hurairah r.a:
    Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

    (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

    Friday, April 24, 2009

    Sendiri Menyepi.....

    Sendiri Menyepi..

    Tenggelam dalam renungan

    Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

    perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

    mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

    mungkin dan mungkin lagi…

    Oh Tuhan aku merasa

    sendiri menyepi

    ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

    sampai kapan ku begini

    resah tak bertepi

    kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

    benderang di hidupku..

    Perlahan kucari, mengapa diriku hampa

    mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

    mungkin dan mungkin lagi

    Oh Tuhan aku merasa..

    sendiri menyepi…

    Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

    sampai kapan ku begini

    resah tak bertepi

    kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

    Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……

    seeeeendiri….aku merasa sendiri..

    sampai kapan begini

    resah tiada bertepi…Ooohh..

    Kuingin cahyaMu

    benderang di hidupku..


    Aku berdoa agar akan ada sesuatu keajaiban yang akan berlaku dalam hidup ku.....semoga segala mimpi ngeri ku akhirnya akan menjadi satu kenyataan yang paling terindah dalam hidupku.....Semoga segala hajat dan doaku dimakbulkan oleh Allah Taala....InsyaAllah.....Hanya Dia sahaja yang Mengetahui setiap kejadian yang berlaku.....amin....

    Wednesday, April 22, 2009

    Muhasabah diri

    Assalammualaikum....
    Hari ini diriku dipanggil semula utk menulis post di dalam blog ini....Dan hari ini juga merupakan ari yang menbawa seribu satu perasaan dalam hidup ku.....Aku baru selesai melepasi paper writing, islamic education dan juga (grammar & literature). Ya Allah betapa sukar nya soalan grmmar dan literature pada ari ni....Tidak dapat ku gambarkan bagaimana keputusan yang akan keluar nanti....Aku serahkan segala-galanya pada Allah....aku telah berusaha sedaya upaya , tetapi yang akan menentukan hanya Yang Maha Kuasa....Selepas sahaja selesai paper grammar & writing pada hari ini, aku terasa satu beban yang besar telah hilang di bahuku...hati ku lega tetapi ada sedikit perasaan resah apabila mengenangkannya...Tetapi disebalik perasaan gembira itu, tiba2 aku telah diuji dgn satu ujian yang belum pernah aku alami sebelum ni.... Ya Allah betape besarnyer ujian Mu pada ku....Mungkinkah kerana dosa2 ku yang lepas, Allah telah membalaskannya dgn dugaan seperti ini...Ya Allah, ampunkan lah dosa2ku.....Mungkin inilah balasan yang patut aku terima kerana kejahilan diriku sendiri..... Smg dugaan yang ku alami ini sedikit sebanyak memberi satu perubahan baru dalam hidupkan utk menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang sentiase ingin merasai kemanisan iman....Ya Allah, aku berharap agar diriku sentiasa berada di bawah Rahmat-Mu dan hindarkanlah aku daripada lalai dalam menunaikan segala suruhan -Mu...Aku serahkan segala-galanya pada Mu kerana hanya Engkau sahaja yang mengetahui apa yang aku tidak ketahui......


    Dengan berzikir kepada Allah gumpalan ketakutan, kecemasan,kesedihan akan lenyap..lebih dari itu, dengan berzikir kepada Allah tompokan beban hidup dan masalah kehidupan akan hilang..

    Saturday, April 18, 2009

    WASIAT iMAM aL- bANNA

    Antara wasiat Imam Hassan al-Banna:

    • Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

    • Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

    • Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

    • Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

    • Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya

    PEMBERIAN SAHABATKU...TERIMA KASIH SAHABAT...

    Aku Mencintaimu

    Aku ingin mencintaiMu setulusnya..

    Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri

    padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa

    Entah mungkin karna ku terlena

    sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

    dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU

    betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


    aku ingin mencintaiMUsetulusnya,

    sebenar-benar aku cinta

    dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku

    aku ingin mendekatiMU selamanya

    sehina apapun diriku

    kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

    tidak ku sangka....


    tepat pukul 12.26 malam td,
    hati ku terdetik utk melakukan sesuatu...,
    tp sebelum ni aku tak penah menyangka yang aku akan memadamkan segala memory yang ader...niat dia hati, nak jek ku simpan utk selama-lamanya, tp utk aper....
    akhirnya aku mengambil keputusan utk melakukannya...
    kenangan yg aku simpan akhirnya ku padam jua.....
    memang susah utk ku mengumpulkannnya.tak sangke ak da mengumpulkannya sebanyk ini..
    ianya sgt bermakna dan sgt indh.ianya bermula disebabkan "REMPEYEK".. kelakarkan??? disitula kisahnya bermula .... mungkin ada diantara shabat2 ku yang mengetahui kisah ini ....pada mereka yang tahu, tu hanyalah rahsia antara kite....jgn bg tau sesiapa k....hu3
    tp entah la...aku nak melupakannya.....biarla ianya menjadi kenangan...
    selamat tinggal 657....smg kite berjumpe lagi.....

    Lelaki idaman...

    Seorang lelaki yang aku idamkan
    Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
    Biarlah dia seorang yang buta
    Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
    Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
    Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
    Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

    Biarlah dia seorang bisu
    Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
    Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
    Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
    Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
    Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
    Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
    Dan lantang menyuarakan kebenaran

    Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
    Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
    Pada wanita yang bukan mahramnya
    Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
    Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
    Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
    Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
    Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
    Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
    Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
    Kembali megah di muka bumi


    Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
    Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
    Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
    Papa memiliki akhlak mazmumah
    Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
    Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
    Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
    Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
    Dia mahu menjadi seorang syuhada
    Yang syahid di jalan Maha Esa

    Persoalannya...

    Masih adakah lelaki idaman itu??
    Dan adakah diri ku layak untuk memiliki insan istimewa ini ?


    BURUAN CINTAKU



    Rindu tertikam
    Sunyi mendakap dalam..
    Bila nafasmu mengetuk tersebak jasadku
    Bila jasadmu menyentuh menangis tenang kalbuku..
    Cinta duniawi telunjuk kaku
    Jiwaku terbang berteman angin yang melambung anganku

    Cuba kuburu..
    Jiwaku terkunci dalam dinding kaca terikat pada ranting yang terurai
    Namun..tekad menjalar azam mendekati
    Cuba memburu..
    Hatiku berdenting memanggil
    Jiwaku berlutut dalam diam tak terpeta kata
    Memanggil sayu..membisik rindu..

    Hatiku terus dirasuk
    Kesilapanku terus memburu
    Hitam datang lagi memaku lebih gelap berdebu..
    Tiada gentar menghimpit
    Tiada gusar tersepit kerna..
    Tepisan cahaya pancaran kilauannya walau tanpa rembulan..
    Dijemput teman tika kebuntuan mengusir kekosongan peneguh keperibadian
    Menjadi buruan dikala kesepian

    Layakmu pemandu penyuluh jalan
    Guru memanah cinta Ar-Rahman..
    Padanyalah mengalir segala sinaran disetiap tatapan..
    Padanyalah mengalir sinar harapan disetiap titipan..
    Mungkin harus kudakap erat tubuhmu duhai Al-Quran..
    agar tak bisa lagi menjadi buruan..

    BERUBAH


    Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu

    Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah

    Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu

    Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah



    Tuhan aku hanya manusia

    Mudah berubah lagi dalam sekejap

    Tuhan.... aku ingin berubah

    Dan kubertahan dalam perubahanku
    
    

    Thursday, April 16, 2009

    FINAL EXAM JUST AROUND DA COrNER....

    MonDAY (20Apr)
    Islamic Studies

    TuesDAY(21 Apr)
    College Writing 2

    WedNESDAY (22 Apr)
    Grammar 2
    Literature

    Friday (24 Apr)
    College Reading 2

    Sunday (10 May)
    Listening and Speaking 2

    gud luck for all pre Tesl students from uitm kuantan,shah alam and also pre tesl students in uitm Lendu melaka.....all da best Ptsl 2a & 2b......MAy ALLAH bLESS u ALL....AMIN.....

    Hikmah Sujud Ketika Solat

    Sujud melega dan melancarkan sistem pernafasan

    Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

    Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

    Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

    Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

    Bernafas ketika sujud pula boleh:

    - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
    - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
    - melegakan sakit hernia. (burut)
    - mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
    - melegakan paru-paru daripada ketegangan.
    - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
    - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
    - meringankan bahagian pelvis.
    - memberi dorongan supaya mudah tidur.
    - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
    - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
    - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
    - mengurangkan kegemukan.
    - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
    - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
    - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
    sebagainya.

    Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

    Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
    otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

    Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

    10 things We wAste....

    someone GIVE THIS MESSAGE TO ME..HE SAID Ten things we waste :-

    1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.

    2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

    3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

    4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.

    5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

    6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

    7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.


    8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

    9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).

    10. Our Dhikr: Wasted, because it does not effect us or our hearts.

    tHANK yOU MY fREND.....mAY ALLAH BLESS U......

    jAGA diri,
    Jaga Iman,
    JaGA iSLAM.......
    WAAllahualam...