Wednesday, April 22, 2009

Muhasabah diri

Assalammualaikum....
Hari ini diriku dipanggil semula utk menulis post di dalam blog ini....Dan hari ini juga merupakan ari yang menbawa seribu satu perasaan dalam hidup ku.....Aku baru selesai melepasi paper writing, islamic education dan juga (grammar & literature). Ya Allah betapa sukar nya soalan grmmar dan literature pada ari ni....Tidak dapat ku gambarkan bagaimana keputusan yang akan keluar nanti....Aku serahkan segala-galanya pada Allah....aku telah berusaha sedaya upaya , tetapi yang akan menentukan hanya Yang Maha Kuasa....Selepas sahaja selesai paper grammar & writing pada hari ini, aku terasa satu beban yang besar telah hilang di bahuku...hati ku lega tetapi ada sedikit perasaan resah apabila mengenangkannya...Tetapi disebalik perasaan gembira itu, tiba2 aku telah diuji dgn satu ujian yang belum pernah aku alami sebelum ni.... Ya Allah betape besarnyer ujian Mu pada ku....Mungkinkah kerana dosa2 ku yang lepas, Allah telah membalaskannya dgn dugaan seperti ini...Ya Allah, ampunkan lah dosa2ku.....Mungkin inilah balasan yang patut aku terima kerana kejahilan diriku sendiri..... Smg dugaan yang ku alami ini sedikit sebanyak memberi satu perubahan baru dalam hidupkan utk menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang sentiase ingin merasai kemanisan iman....Ya Allah, aku berharap agar diriku sentiasa berada di bawah Rahmat-Mu dan hindarkanlah aku daripada lalai dalam menunaikan segala suruhan -Mu...Aku serahkan segala-galanya pada Mu kerana hanya Engkau sahaja yang mengetahui apa yang aku tidak ketahui......


Dengan berzikir kepada Allah gumpalan ketakutan, kecemasan,kesedihan akan lenyap..lebih dari itu, dengan berzikir kepada Allah tompokan beban hidup dan masalah kehidupan akan hilang..

No comments: