Wednesday, April 29, 2009

Suatu Coretan dari hatiku.....

Bagaimana untuk ku katakan
Perasaan rindu dan sayang
Pada masa yang telah berlalu

Masa itu sungguh berharga
Coretan-coretan manis
Kenangan dan memori
Sungguh membaja hatiku

Aku mahu masa itu kembali
Kembali melekat hati
Yang sudar berbaur ini

Namun, lumrah dunia
Masaku bersama rakan-rakan
Yang begitu memahami,baik
Tidak mungkin kembali lagi

Sehingga kini, aku masih
Merasakan senyuman
Hilai tawa dan kegembiraan
Yang terukir suatu masa duhulu

Tidak letihku berdoa
Semoga saat itu dapat kembali
Walaupun tidak sesempurna dahulu


1 comment:

NUR HANANI BINTI ISMAIL said...

kenangan ku di sksu,skmt,mrsm pontian dan uitm lendu melaka akan sentiase tersemat di hati