Thursday, June 25, 2009

Terfikir Sejenak.......

Dia ingin suami sehebat itu!

Selepas mengikuti rancangan Halaqah yang bertajuk "Kawin Dulu" selama 1 jam di tv 9...Dia termangu. Diam membisu. Kadang-kadang tersenyum sendiri. Terkulat-kulat mencari kriteria mujahid idaman hati. Terbayang-bayang peribadi suami soleh yang ingin dimiliki. Dia bukan pencinta bernama lelaki, tetapi dia pencinta si suami. Dia wanita penentang keras cinta sebelum nikah, dia hanya ingin sah dimiliki selepas “Aku Terima Nikahnya” terlafaz. Dia ingin memiliki kasih suami, dia ingin menjadi sayap kiri yang rela berjuang bersama suami. Dia ingin ditarbiyah, dia ingin ditegur penuh hikmah. Dia ingin punya suami romantik, halus dan santun berkata-kata. Mengelus lembut, membelai penuh kasih, mencintai sepenuh hati. Dia ingin begitu.

Dia ingin suami kuat beragama. Pandai bertazkirah. Hebat berkata-kata. Hebat memimpin. Suami tegas seperti ‘Umar, namun lembut seperti Abu Bakr. Bijak laksana ‘Ali, ada malu seperti Uthman. Dia terlalu memuja kumbang yang sebegitu. Tapi, bila difikirkan sejenak, adakah dia layak utk memilikinya???Kerana dia tahu bhw dia juga tidak mempunyai kateria seperti mujahid idaman yang diinginkannya.......

Ya Allah,segala pemberianMu yg aku sayangi ,jadikanlah ia kekuatan utk ku mencintaiMu,dan segala apa Engkau pisahkan dari ku,sedangkan ianya amat aku sayangi,maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri ku…


Apa itu Baitul Muslim?

Baitul Muslim dalam jamaah adalah salah satu platform bermanfaat untuk mencari suami soleh dan isteri solehah. Kedua-duanya dalam golongan yang ditarbiyah dan mentarbiyah. Salah satu usaha, menjadikan “orang tengah” sebagai penghubung dan pengikat cinta halal ke arah membina masjid; perkahwinan. Cinta terlarang dapat dielak, sekaligus membangkitkan harmoni dalam rumah tangga. Ta’aruf selepas perkahwinan. Bukankah misteri itu indah? Bukankah manusia memang nalurinya memang suka pada benda yang baru? Bukankah kita penuh sifat inkuiri?

Malah jika peranan orang tengah ini diinstitusikan di bawah unit-unit secara sistematik, ia adalah lebih baik dan bermanfaat. Bagi gerakan-gerakan Islam dan kumpulan dakwah yang menghimpunkan sekelompok besar ahli yang sepemikiran dan memegang nilai serta pandangan hidup yang sama, proses untuk mencari jodoh yang diintitusikan di bawah “Unit Baitul Muslim” adalah suatu tradisi zaman-berzaman yang amat berguna. –Bercinta Sampai ke Syurga, Hasrizal Abdul Jamil.



Memberi dan menerima, itulah kesempurnaan!

Dia berkira-kira.Dia masih menyimpan “Borang Baitul Muslim” itu....Kertas itu masih di simpan rapi di sebalik buku2 ilmiahnya.. Ruangan ciri-ciri suami yang harus diisi, masih kosong. Walaupun pen pernah ada di tangan kanannya , tapi dia masih mencari peribadi yang konon sesuai dengan peribadinya. Fikir-fikir kembali, kita manusia memang selalu begitu. Bukan semua, tetapi sebilangan. Mencari kesempurnaan sebelum menilai kesempurnaan diri. Mengharapkan kehebatan luar biasa dari orang lain, sedangkan kita belum pun melangkah ke arah itu.

Manusia selalu mencari erti sempurna. Bukankah memuaskan hati semua orang adalah hal yang paling mustahil? Oh, marilah menjadi hamba yang bersyukur!

Hakikatnya, jika sama-sama saling memberi dan menerima, itulah hakikat kesempurnaan yang sebenar-benarnya! Melengkapi apabila memerlukan dan memberi apabila diperlukan.



Orang selalu nak suami soleh, isteri solehah tapi..

Ramai yang ingin dimiliki isteri solehah. Ramai yang ingin memiliki suami soleh. Kadang-kadang diri belum diajar sepenuhnya untuk jadi si soleh dan solehah. Apa kata, sambil berdoa, sambil kita bergerak ke arah itu? Bukankah janji Allah itu benar? Jika kita soleh dan solehah, imbalannya juga begitu, bukan?

Oh, ramai juga berangan-angan ingin punya si soleh dan si solehah. Namun, kita sering terlupa sesuatu. Perkahwinan bukan sekadar memiliki dan dimiliki si soleh dan si solehah. Pernahkah terfikir manhaj ke arah pembentukan baitul muslim yang sejati? Pernahkah terfikir bagaimana untuk membentuk keluarga yang diredhai Allah? Pernahkah terfikir bagaimana untuk mencorak anak-anak yang akan terlahir? Pernahkah terfikir bagaimana untuk mentarbiyah, pada masa yang sama ditarbiyah? Amanah, sungguh bukan kerja mudah. Jom berfikir dan belajar! Oleh itu, marilah kite sama2 renung2kan .....

No comments: