Saturday, June 27, 2009

Kita Dan Ibu

Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu. Kita dan ibu Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terimakasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan
terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima
kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan
terima kasih dengan menjerit : "tak nak! Tak nak!"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima
kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih
dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima
kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke
mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan
terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita
ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak
sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang
persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak
menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan
ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita
diterima masuk ke ipta, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka
ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,
menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan
selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istemewa, kita kata,
"?Itu bukan urusan ibu."

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang
kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan?. "perabot pilihan ibu
aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan
bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut,
"ibuuu, tooooolonglahhh?."

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis
perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan
kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai
penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, "?Itu dulu, sekarang zaman
moden."

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai
kenduri-kendara di kampung, kita berkata, "kami sibuk, tak ada masa nak
datang."

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita
bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban
kepada anak-anak.

Dan kemudian suati hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu
bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita
terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah meninggal, ingatlah kasih dan
sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

pls : smg kite semue mengambil iktibar daripada kisah ini....dan smg kite tidak tergolong di dalam kalangan anak2 yang menderhakai ibu bapa kite.....Amin Ya Rabbal Alamin

emak maafkan akak jika akak menyakiti hati emak...kadang2 akak tak sedar kata2 akak telah mengguris hati emak.akak berdosa.maafkan akak mak....akak sayang emak.....emaklah yang sentiase di hati akak.....

Ya Allah, ampunilah dosa ku kerana telah menyakiti hati ibuku sendiri.......Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani ku......Amin......

"SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU"



No comments: