Adik-adik….
Dalam suka-duka , riang ria menempuhi hidup ini , janganlah adik-adik lupa sama sekali ,
Dulunya kita tiada .. tetapi dengan kehendak dan kudrat yang Maha Esa ,
Kita dihidupkan ke dunia ini buat sementara
Adik-adik yang disayangi….
Cubalah bayangkan………..kedua-dua ibu dan bapa adik-adik,
Bayangkanlah……
Sebelum adik-adik mencelikkan mata melihat dunia ini, 
9 bulan 10 hari………adik-adik dikandung ibu tercinta,
selama itu adik-adik ………penderitaan ibu yang mengandungkanmu,
Tidak terurai oleh kata-kata, sejuk perut ibu merasakan,
Kesakitan dan lenguh-lenguh membelit seluruh tubuh……..
Adik-adik……..
Semasa dikau membesar dalam rahim ibu tercinta,
Letihnya ibu tidak bermaya
Pucat bibirnya, lemah anggotanya 
Hendak makan pun tidak berselera
Tetapi ………..setengah-setengah ibu lantaran terpaksa
Walaupun uzur sedemikian rupa 
Digagahkan diri membuat kerja 
Mencari rezeki selagi terdaya
Terketar-ketar lemah badannya
Rebah tersungkur tidak berupaya
Apakan daya…….itulah pengorbanan ibu
Adik-adik manjaan ibu……..
Adik-adik manjaan ayah…….
Tatkala dirimu akan muncul ke  dunia
Sakitnya ibu tidak terkira
Kering tekaknya, berkerut mukanya
Berpeluh ibu …….seluruh anggota
Mengetap bibir, memejamkan mata 
Terasa dirinya antara dua
Seakan-akan melayang nyawa dari jasadnya
Menahan kesakitan melahirkanmu
Renungkanlah mukanya ketika itu 
Pucat tangannya menahan kesakitan yang teramat sangat
Masihkah kau ingat…….
Ibumu mengucapkan kalimah, “Allahuakbar….Ya Allah Ya Tuhanku…….
Selamatkanlah anakku ini …….
Selamatkanlah anakku ini……..
Selamatkanlah anakku ini……..
Itulah ucapan yang diulang-ulang
Hinggalah adik-adik dilahirkan di dunia ini
Masihkah kau ingat…..
Kelahiran adik-adik disambut dengan bisikan ‘azan’
Yang dibisikkan ayah di telingamu.
Adik-adik harapan keluarga
Apabila tangisan pertama kedengaran
Ibunya lenyap segala kesakitan
Senyum lemah terukir di bibirnya
Di hati mengalir penuh sayang
Melihat dirimu yang merah kecil 
Di rongga hatinya penuh kesyukuran
Di kepalanya  berlegar pelbagai harapan
Inilah anak yang tersayang ……
Inilah anak pembela masa depan 
Menjadi manusia berjaya 
Menjadi manusia berguna 
Menjadi manusia beriman
Adik-adik…….
Masihkah kau ingat semasa kau dibesarkan
Ayah dan ibumu bergilir-gilir berjaga malam
Biar dirinya kepeningan ……….
Biar dirinya sakit demam
Asalkan anak ini tidak menangis kesejukan
Adik-adik…….
Semasa dirimu masih kecil
Engkau disusu sepenuh kasih sayang
Diriba, dibelai, didodoi, dibersihkan, dibedak, diselimut dengan manja
Sekali-kali tidak ibu rela
Walaupun seekor nyamuk menyentuh kulit halus anaknya.
Adik-adik kesayangan ibu dan ayah…..
Bila dirimu besar begini 
PERNAH KAU HITUNGI………
Berapa banyak keringat ayah tumpahkan ke bumi
Berapa banyak peluh ibu mengalir ke kaki 
Masihkah kau ingat ………masihkah kau ingat
Masihkah ingat ….
Bagi yang lelaki , berlari-lari di pondok hadapan rumah dengan kawan-kawan 
Dan yang perempuan , bermain pondok-pondok dan 
Masak-masak dengan kawan-kawan 
Masihkah kau ingat …
Ibumu menyuapkan nasi ke mulutmu 
Dan dengan tangan itulah engkau dibesarkan
Adik-adik…
Masa berlalu begitu cepat sekali 
Kini adik-adik mula memasuki alam persekolahan 
Cuba adik-adik kenangkan kembali 
Siapakah yang menghantar adik-adik ke sekolah ?
Siapakah yang duduk di sebelah kiri dan kanan adik-adik ketika itu ?
Masihkah adik-adik ingat …
Ketika adik-adik belajar membaca, menulis dan mengira di sekolah ?
Masihkah adik-adik ingat…
Guru-guru yang mengajar 
Sehingga adik-adik pandai membaca , menulis dan mengira ?
Masa terus berlalu dengan cepatnya ….
Diam tak diam
Adik-adik sudahpun melangkah kaki ke darjah 6 
Setelah tamat darjah 6 ….. adik-adik sekarang dah masuk ke sekolah menengah
Kini…
Adik-adik sekarang sudah remaja 
Cabaran semakin banyak dan pelajaran semakin sukar 
Adik-adik sudah melihat dunia luas 
Jika di sekolah rendah dahulu 
Kata-kata ibu bapa dan gurulah ….kata keramat 
Yang adik-adik pegang 
Tapi…Sekarang tidak lagi 
Ke mana hilang semua itu 
Masihkah adik –adik ingat …. 
Ketika adik-adik ingin membeli sepasang baju yang  agak mahal 
Adik ingin memilikinya kerana …..
Rakan-rakan adik-adik di sekolah memakai pakaian yang mahal-mahal belaka 
Adik malu dengan rakan-rakan jika tidak serupa dengan mereka 
Adik malu….
Adik malu…..
Adik malu jika adik-adik tidak memiliki baju yang mahal juga 
Walaupun keberatan kerana ayahmu tidak memiliki wang yang secukupnya
Ayahmu cuba juga untuk menunaikan hajat dan kehendak adik-adik
Kerana………. ayahmu tidak mahu mengecewakan kehendakmu
Asalkan keputusan peperiksaan adik-adik……..tidak mengecewakan mereka
Itu sajalah harapan mereka
Sedarkah adik-adik……..
Wang yang digunakan untuk membeli baju mahalmu itu
Boleh menampung perbelanjaan makanan keluarga untuk beberapa lama?
Adik-adik sedarkah ketika itu?
Adik-adik sekarang sudah besar panjang
Adik merasakan ………
Adik-adik sudah pandai daripada mereka
Kata-kata dan leteran mereka sangat menyakitkan hati adik-adik
Adik-adik telah bosan dengan kata-kata nasihat mereka
Kata-kata nasihat itu adik anggap sudah basi dan tidak bererti lagi
Adik-adik mulalah berjinak-jinak dengan kawan-kawan yang liar dan bebas
Adik-adik juga ingin bebas seperti mereka
Adik-adik tidak ingin lagi dikongnong oleh keluarga
“AKU SUDAH BESAR….AKU SUDAH DEWASA…..AKU TIDAK SUKA DILAYAN OLEH IBU DAN BAPA SEPERTI ANAK-ANAK KECIL”
Itulah luahan kata hati kecil adik-adik.
Adik-adik tidak lagi ambil kisah tentang ibu dan bapa….
Apa lagi untuk mengambil berat tentang diri mereka 
Untuk kawan-kawan ……
Adik-adik belikan hadiah yang mahal-mahal pada hari jadi mereka
Tetapi…..
Untuk ibu dan ayahmu yang menjaga dan melahirkanmu
Adik-adik langsung tidak ingat 
Bilakah tarikh lahir mereka
Mereka ,…..mereka bagi adik-adik tidak penting 
Tidak penting………
Segala nasihat ibu dan bapa
Adik-adik tidak terima 
Malah …..
Adik-adik menengking mereka
Adik-adik tergamak menngeluarkan kata-kata kesat kepada mereka
Adik-adik hina mereka
Adik-adik menganggap mereka kolot, tidak berpelajaran , kuno, dan tidak memahami masalah remaja adik-adik masa kini.
Adik-adik hancurkan impian dan harapan ibu bapa yang melahirkanmu dahulu.
Kalau ibu bapa adik-adik tahu apa yang akan berlaku kepada mereka….
Dahulu lagi ketika adik-adik masih kecil
Mereka telah pijak dan picit-picit 
Apalah gunanya anak yang mereka harapkan dan bela sampai dewasa ini 
Telah menjadi anak yang engkar dan derhaka
Namun apakan daya….
Walaupun mereka kecewa dan harapan mereka hancur
Mereka tetap menganggap adik-adik sebagai anaknya
Dan….. 
Sebusuk-busuk daging 
Dimamah, dibasuh….. dimakan jua.
Bayangkanlah……
Semasa adik-adik sedang lalai dan berseronok-seronok dengan rakan-rakan liar dan bebas itu
Tiba-tiba adik jatuh sakit
Adik terpaksa dirawat di hospital berbulan-bulan lamanya 
Sehingga…..
Badan adik-adik menjadi kurus kering 
Mata adik-adik menjadi cengkung
Bibir adik-adik menjadi kering dan hampir semua rambut adik-adik gugur
Adik-adik tidak bermaya lagi
Ramai sanak saudara datang menziarahi adik-adik
Tetapi……
Rakan-rakan yang liar dan bebas entah ke mana
Apatah lagi hendak menjenguk…..
Nak membantu jauh sekali
Mana mereka?
Mana…………..
Tetapi………
Ibu dan ayah adik-adik tidak begitu
Mereka sentiasa berada di sisi dan menemani adik-adik
Bayangkanlah……
Ibu membelai-belai rambut adik-adik yang sudah tidak seberapa itu
Dan…….ayah adik-adik pula mengurut kaki adik-adik yang sudah tidak berdaging lagi 
Bayangkanlah adik-adik……..
Sebenarnya adik-adik sedang menunggu saat-saat kematian yang begitu mendebarkan
Lihatlah air mata mereka…..
Berlinangan membasahi pipi kerana mengenangkan nasib diri adik-adik
Jika diizinkan Tuhan……
Ingin rasanya mereka mengambil tempat adik-adik
Kerana……..adik-adiklah yang patut hidup lebih lama bukanya mereka.
Begitulah pengorbanan dan kasihnya mereka kepada adik-adik 
Pengorbanan dan kasih yang tiada tolok bandingnya dan tiada terkira nilainya
Tidak pernahkah adik-adik fikirkan ……..
Betapa peritnya penderitaan ibu dan ayah ketika itu 
Begitulah betapa kasih dan sayangnya ibu dan ayah, terhadap adik-adik selama ini  
Dan……di manakah nikmat-nikmat Tuhan yang telah diberikan kepada adik-adik
Yang pernah adik-adik dustakan.
Sedarlah adik-adik ……
Sedarlah adik-adik…..
Sedarlah adik-adik…..
Sedarlah adik-adik…..
Tetapi…..
Kini ibu dan ayah adik-adik gembira 
Anak yang mereka harapkan 
Anak yang mereka impikan untuk membela mereka
Kini……… sudah mahu berubah 
Sudah mahu mendengar nasihat ibu dan ayah 
Sudah mahu mendengan nasihat guru-guru tercinta  
Dan ……sudah mahu mencipta kejayaan pada masa mendatang.
Katakanlah dan sematkanlah dalam hati kecil adik-adik
Aku kini tidak lagi begitu ibu
Aku tidak lagi seperti itu ayah 
Aku kini sudah berubah 
Aku akan cuba mencapai segala  harapan ibu dan ayah 
Aku tidak mahu malas-malas lagi
Aku tidak mahu lalai lagi 
Aku tidak mahu leka lagi dengan angan-anganku 
Dan……biarlah kursus ini menjadi bukti dan titik tolak permulaan hidupku 
Ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang .
Adik-adik manjaan abang-abang dan kakak-kakak….
Tariklah nafas perlahan-lahan 
Buanglah kenangan buruk masa dahulu
Tukarlah……..
Tukarkanlah dengan azam yang baru 
Tukarkanlah …….
Bukalah mata adik-adik
Bukalah perlahan-lahan
Lihatlah betapa indahnya hari ini 
Seindah hidup adik-adik di masa akan datang 
Aku berbangga pada diriku sendiri 
Aku bangga kini
Insya Allah….aku akan berjaya
 


 
 
No comments:
Post a Comment