Wednesday, January 28, 2009

kelbihan berselawat..renung-renungkan dan selamat beramal

Selalu kita dengar - di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik),
di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) - mengingatkan kita
tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu
berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu
juga dengan guru agama - berselawat di permulaan dan penghujung sesi
pengajarannya.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar
sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat
ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan
selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban
selawat.


1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku
sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda -
(Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5
waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua
masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah
akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan
izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau
sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah
seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya
dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat,
insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di
akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan
orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaan-Nya
.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin
keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita
menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari,
Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat
berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda
SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari
tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan
wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik
dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak
100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada
waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani


Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat.
Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda
Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam
orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a'lam.

No comments: