Friday, January 30, 2009

Pencarian ku.........................

SAHABATKU DUNIA AKHIRAT


PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.





Aku,
dalam kesepian,
mencari teman,
sebagai pengisi,
hati yang sunyi.

Masa ini,
aku masih tiada,
peganti dirimu,
sebagai teman yang setia,
sudi mendengar,
menasihati,
dan,
mendorong diriku,
kearah cita-cita,
yang tinggi menggunung.

Oh..!
mampukah aku,
menghadapi masa depan,
tanpa peganti dirimu,
yang paling ku ingati,
selama-lamanya.

Dalam pencarian ini,
aku perlu berserah,
kepada Yang Maha Esa,
hanya takdir yang menentukan,
apa yang terjadi,
kemudian hari,
yang pasti,
satu pertemuan,
akan terjadi...

No comments: