Thursday, January 29, 2009

WANITA KEKUATAN BAGI LELAKI



Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkanbaying yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya.Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,kerana nantinya mereka semakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,kerana nantinya mereka akan semakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.

Disitulah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutanbukan suatu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…Bahkan akan semakin membengkok…Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenalRabbnya…
Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelakiakan menjadi huru hara….Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatansemata-mata…Tapi binalah kepimpinan…Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlahdiri kepadanya…Jinakkan diri kepada allah…Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawahpimpinanmu…Janganlah mengharapkan isteri semulia FatimahAz-Zahra’Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Alikaramallahuwajhah

No comments: