Wednesday, September 23, 2009

Senyuman itu masih ada.....

Senyuman tanpa suara
Hanya pencetus rasa
Senyuman manis tanpa bicara
Namun tersingkap seribu makna
Senyumlah kerana yang Maha Esa
Tulus ikhlas tanpa prasangka
Tanda ukhwah buat semua manusia
Senyuman itu penawar segala duka
Pada hati yang sedang lara
Bagi insan yang sedang bermuram durja

Senyuman itu hadir lagi
Manis dan berseri
Beraja di hati bertahta di sanubari
Mekar menghiasi taman hati
Senyuman adalah gambaran lukisan hati
Dari bahasa hati yang sukar dimengerti
Hati pula taliannya langsung kepada Illahi
Lantas ku panjatkan kesyukuran padaMu Ilahi
Kerna aku masih bisa tersenyum lagi
Walaupun duka masih bersarang di hati
Biarlah duka itu berarak pergi
Maka senyumlah wahai diri
Bersama kuntuman senyuman dari hati
Kerna senyuman itu adalah pemanis diri
Yang bisa melenyapkan kegusaran yang terbuku di sudut sanubari...


Manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan.
Sebaik-baik nye seorang insan tetap juga seorang manusia
Seperti Engkau dan Aku
Kerana kesilapan, manusia jugak tidak terlepas dari dilukai
Terluka kerana percintaan, persahabatan atau perpisahan
Ini semua adalah satu pengajaran, untuk diambil ikhtibar pada semua.
Tanpa kesilapan, kita tidak mungkin mengerti keinsafan
Tanpa kekecewaan, kita tidak mingkin mengerti kemaafan dan harapan
Adakah patut kiter menyalahkan seseorang untuk selamanya atas apa yg telah berlaku?
Atau haruskah kiter menyalahkan diri sendiri?

No comments: