Thursday, May 20, 2010

Pilihlah Aku....



Apakah ini suatu anugerah pada ku?
Atau sekadar ujian untuk menguji iman ku?
Apakah ini satu destinasi akhir?
Atau satu perhentian sementara?
Semoga Kau tunjukkan aku jalan yang benar...

Tanpa kasih-sayangMu,
Tanpa belas dan rahmatMu,
Tak mungkin aku di sini
Tak mungkin aku masih di jalan ini...

Berilah aku kekuatan,
Ketabahan hati dan kesabaran yang luar biasa
Agar aku tidak tercicir diantara parajurit yang berbaris itu
Agar aku sebahagian dari cerucuk bangunan itu
Yang saling mengukuhkan antara satu sama lain
Semoga aku ada fungsinya
Walaupun sekadar pemijak kaki...

Ya Allah,
Pilihlah aku!
Moga Kau tempatkan aku dikalangan hamba-hambaMu terpilih
Moga aku akan berada di sana
Di tempat dimana tiada lagi penat dan lelah
Tiada lagi bising dan hiruk pikuk
Yang ada hanyalah ketenangan dan kenikmatan...ameen



1 comment:

Agoes said...

Semoga Allah menguatkan hati hamba2x pilihanNYA.
Siapa hamba pilihan itu?
Iaitu orang2x yg mengorbankan diri dan harta hanya untuk mencari keridhoanNYA.(2:207)
Iaitu orang2x yg amat sangat cintanya kepada Allah dan RasulNYA daripada yg lainnya.(2:165)
Iaitu orang2x yg menjual dirinya dengan surgaNYA (9:111)
Iaitu orang2x yang tidak ragu kepada Allah dan RasulNYA.(49:15)

Insya Allah kita termasuk hamba pilihanNYA jika kita "mau", dan akan sulit jika kita "enggan".
Hadanallah waiyyakum aj'ma'in.