Thursday, January 29, 2009

PERINGATAN TENTANG SOLAT

EMMM....CUBE RAKAN2 BACE....
INI RENUNGAN UTK KITE SEMUER
Mari kita semak solat fardhu kita…
Yang mana satu atau lebih agaknya kategori kita berada?

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja,kalau tidak tinggal.
2. Solat cukup lima waktu,tetapi solat subuh selalunya subuhgajah (solat ketika matahari naik).
3. Solat lima waktu tetapi solat sebuh selalunya diqadha masasolat zohor.
4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat,contohnya solatzohor bila dah hampir waktu asar,solat maghrib dah dekatwaktu isyak.
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja,hari mingguatau cuti umum,solat subuh diqadha (tak bangun le tu)
6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun tidak pernahsolat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.
7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulanpuasa cukup pulak dikerjakan.
8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah,amat jarangataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki).
9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknyasedar-sedar dah bagi salam.
10.Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaahtermasuklah solat subuh.
11.Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat.
12.Solat lima waktu tetapi bila deman atau sakit sikit sahaja,solatditinggalkan,qadha bila dah sihat.
13.Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik -kampung),solat ditinggalkan,qadha kemudian bila sampai rumah.
14.Solat sekali seminggu,solat Jumaat sahaja.
15.Solat bila ada masalah.
16.Solat bila orang di sekeliling solat,kalau tidak buat tak tahu aje.
17.Solat sebulan sekali.
18.Solat setahun sekali,iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
19.Solat seumur hidup sekali,itu pun disolat oleh orang bila dahmeninggal.
20 Tak pernah solat langsung.Sedar-sedar dah meninggal?

Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang palingasasi dalam Islam.Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali disoalAllah SWT adalah solat.Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain.Jika tidak,maka gagallah amalan-amalan yang lain.
Tidak gunanya amalan-amalan puasa,sedekah,zakat,haji dan lain-lainjika kita tidak menjaga solat kita.Apakah kita sanggup menerimarisiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakanterhadap orang yang meninggalkan solat.
Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masihwaras.Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaansekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar.Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang bolehbergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitudengan menggunakan isyarat mata.Oleh itu marilah kita menjaga solatkita dengan sungguh-sungguh.Solat yang terbaik ialah solat di masjidataupun surau (bagi lelaki) sedara, marilah berjemaah dengan menjaga kekusyuk-kannya,bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu’ secara sempurna
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita

No comments: